Menerima tempahan kek dan cupcake sekitar Terengganu dan Kelantan

Sedia menerima tempahan kek dan cupcake untuk semua acara. Tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal untuk tempahan yang sedikit dan sekurang-kurangnya sebulan untuk tempahan yang lebih banyak.

SILA KLIK PADA LABEL KEK DAN CUPCAKE UNTUK EASY ACCESS PADA KOLEKSI KEK DAN CUPCAKE

Hubungi saya di 019-4849653 atau waina_1307@yahoo.com untuk makluman lebih lanjut.

MAKLUMAN TERKINI

Sila add FB waina, Waina Ilhamku Cakehouse untuk lebih update yer. thanks
Kek, cupcake, cheesetart, tat telur, homemade chocolate. Msg saya, waina 019-4849653

Kongsi Resipi ye kawan-kawan

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My schedule

Monday, April 16, 2012

Coklat hantaran perkahwinan

Ini antara gambar2 coklat hantaran perkahwinan yang sempat saya upload :) untuk 35pcs hanyalah RM35... warna boleh mengikut tema. Jika nak gubahan sekali, harga bergantung pada kos barang yang dbeli ye :) jom orderrrrr~~~~





Puding karamel

Wallah~~~~ puding karamel yang best... thanks to Alia my resipi yang dah bagi resipi mudah dan best.  sebelum saya lupe resipi baik sy copy paste sini hihi.... gambar x smpat ambik, sbb dah abis di ngapppp~~~


  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Monday, April 9, 2012

Jualan runcit cupcake choc moist 6pcs

Salam... baru2 ini Ilhamku Cakehouse ada melancarkan (chewahhh) jualan runcit @beli sikit2 atau senang citer, untuk customer nk try testing apa rasanya kek yang dhasilkan di Ilhamku Cakehouse... n alhamdulillah, sambutan yang amat menggalakkan... lenkali leh wat lagi :P

mmg  x sempat langsung nk ambik gambar... tapi nasib baik salah sorang customer tag gambar pd saya... jom layan sekeping ni aje gambo...


6pcs choc moist disiram dgn chocolate ganache (coklat cair) dan dihias dengan fresh cream coklat... cayelah, x muak... only rm15 (bekas tu 3 1/4 oz @ cupcake paling beso...

InsyaAllah, jika masa, tempat dan situasi mengizinkan, akan ada lagi repeat occasion untu cupcake jenis lain lak :)

Saturday, March 17, 2012

Jualan diskaun Mac 2012

salam..

1st time wat jualan diskaun hihihi...2 hari je open utk jualan, dan sy cuma ambik 3 order aje takut x smpat... :) insyaAllah, lain kali akan ada Jualan Diskaun mcm ni lg :)

JD kali ni strawberry cheesecake 6inci sbb adik ade bawak strawberry fresh dari Cameron Highland so, ada banyak strawberi murah2 d umah...

thanks 4 ordering from Ilhamku Cakehouse


Wednesday, March 14, 2012

Daging singgang

dah lama x upload masakan kat blog ni... yelah, masak2 pastu trus ngap... hihi... bile nk amik pict dh x lawa...

ape lagi, jom layan resipi hari ni

singgang adalah makanan popular di negeri Terengganu. selalunya orang buat singgang ikan... hari ni kita rasa singgang lain pulak ye...

SINGGANG DAGING - untuk 4,5 orang



daging 1/2 kilo

Bahan A : hiriskan
bawang merah 6 ulas
bawang putih 6 ulas
halia seinci
lengkuas 3 inci
5 btg cili besar (cili yang nak dibuat solok lada) - kalau xde pun xpe

3 sudu besar biji ketumbar (dibasuh, digoreng dan ditumbuk hancur)

3keping asam keping

air, gula dan garam secukupnya


Cara-cara:

1. daging dipotong nipis2 dan tambahkan air secukupnya (rebuskan dulu daging tu kalau daging liat)

2. masukkan semua bahan sekaligus kecuali garam dan gula

3. biarkan hingga daging masak dan empuk

4. tambahkan garam dan gula secukup rasa...

nahh.... senangkan? inilah resipi yang sy buat kalau malas nk masak... hihi resipi ni sy panggil resipi campak2,..

selamat mencuba!!!

Monday, March 12, 2012

blackforest

Selamat pengantin baru buat rakan sejawat, K.Ani... semoga berbahagia hingga ke syurga hihihi.... kek ni k.Ani tempah untuk makan2 bsama family... telupe nk wat tema gold putih... hihi

enjoyyyy

RM50



Saturday, March 10, 2012

7 tier wedding cakes

wah... nama mcm hebat kan... hihihi mmg pun. pengantin nak tema merah putih, tu yang 200pcs cupcake red velvet dletak dgn fresh cream dan bukan cream cheese. saye buat bahagian 2 tier kek aje... pengantin request kek blackforest.

harga kek rm130

kalau berminat, blh request pd saya sbb stand utk 7 tier tu mmg ada :)




xtau ngape dia terbalik...gambar asal elok aje. help please.... :)